Pemeliharaan
ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan
kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring
dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi
antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di
dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang,
Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis
berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan
mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi
warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat
pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan ,
jantina dan gaya berenang. Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.
Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.
sumber : 4sekawan weebly
No comments:
Post a Comment