Thursday 20 September 2012

Tujuan Peliharaan


Ikan hiasan merupakan haiwan peliharaan yang tidak asing lagi dimana-mana di seluruh pelusuk dunia. Terdapat pelbagai tujuan masyarakat memelihara ikan hiasan di dalam rumah contohnya untuk mengindahkan ruang tempat kediaman. Tempat kediaman yang selesa dan menarik menari merupakan satu kepuasan bagi setiap manusia dan ikan hiasan seringkali dikaitkan dengan menghias ruang tempat kediaman. Dengan menghias sesuatu ruang di dalam tempat kediaman dengan ikan hiasan, keadaan ruang tersebut akan menjadi lebih cantik dan menarik. Ini kerana suasana akuarium dengan pelbagai aksesori dan juga ikan-ikan yang berwarna-warni mampu menaikkan seri runag tersebut.

Selain itu, tujuan pemeliharaan ikan hiasan juga adalah untuk menghayati keindahan alam akuatik. Seperti yang kita maklum, manusia tidak dapat bernafas di dalam air tanpa alat pembekal oksigen, jadi bagi pencinta alam atau peminat ikan, satu-satunya cara untuk menghayati atau memahami cara hidup ikan tersebut adalah dengan memelihara ikan tersebut dan melihat ikan itu berenang-renang di dalam akuarium. ini mampu menenangkan fikiran dan juga menjana pemikiran dengan lancar.

Tujuan pemeliharaan ikan hiasan juga adalah supaya dapat memupuk sifat sayangkan haiwan peliharaan atau haiwan akuatik. Pada masa sekarang, kita sering membaca berita di dada akhbar berkaitan dengan pencemaran sungai dan laut. Pencemaran ini boleh menjejaskan populasi ikan-ikan yang tinggal di habitat tersebut. Dengan melihat ikan hiasan di dalam akuarium di rumah masing-masing, kita dapat melihat keindahan ikan berenang-renang dan juga keindahan bentuk, warna dan juga ciri-ciri fizikal ikan yang lain. Ini akan menyedarkan kita kepada pentingkan melindungi haiwan tersebut.

No comments:

Post a Comment