1. Flower Horn
Ikan
Flower Horn merupakan salah satu ikan hiasan yang banyak digemari di
Malaysia dan berasal dari keluarga Cichlidae. Kacukan di antara Folwer
Horn terbukti menghasilkan baka yang cukup baik kualitinya dengan
ciri-ciri fizik tertentu, iaitu dari aspek warna dan keindahan bentuk.
Salah satu faktor yang mempengaruhi terhadap perubahan warna ikan
Flower Horn adalah dengan pemberian bahan kimia tertentu di samping
faktor genetik ikan tersebut. Terdapat banyak produk untuk ikan Flower
Horn yang terdapat di pasaran dan menawarkan keunggulan masing-masing
antara lain untuk pertumbuhan, perubahan warna, perkembangan bentuk dan
keadaan sisik mutiara, sehingga membuat pembeli keliru untuk
memilihnya.
2. Rainbow
Ikan
Rainbow merupakan jenis ikan hiasan yang diminati masyarakat kerana
jenis ikan ini juga merupakan komoditi eksport. Ada 2 jenis Rainbow yang
cukup terkenal iaitu Rainbow Irian (Melano Tacnia maccaulochi dan
Rainbow Anlanesi ogilby Telmatherina ladigesi ahl Rainbow Irian warna
dasarnya keperak-perakan dengan warna gelap metalik sedangkan rainbow
Sulawesi warna dasarnya kuning zaitun, dengan warna bahagian bawah
kuning jenis ikan ini termasuk ikan bertelur dengan menempelkan telur
pada tanaman air.
3. Corydoras
Corydoras
merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar yang diminati pecinta
ikan hiasan dan mempunyai peluang eksport. Selain berfungsi sebagai ikan
hiasan air tawar, ia juga dapat dimanfaatkan sebagai bahan untuk
pembuatan kosmetik di negara maju. Walaupun ikan ini berasal dari
Amerika Selatan, tetapi sejak lama dahulu telah dibawa masuk ke
Malaysia. Ikan ini dikenal mudah untuk dijaga. Bentuk tubuh pendek dan
gemuk, bahagian belakang lebih melengkung dibandingkan dengan perut,
kedua sisi ikan dilengkapi dengan lempengan seperti tulang yang
tersusun dalam dua baris, mempunyai dua pasang kumis yang terletak di
rahang atas dan rahang bawah serta ukuran tubuh dapat mencapai 12 cm.
Ikan Corydoras dapat pelihara di kolam yang kandungan oksigen di dalam
airnya rendah. Keadaan yang sesuai untuk jenis ikan ini adalah: pH 6-8,
suhu 21.5-28 O C.
4. Severum
Ikan
Cichlasoma Severum adalah salah satu jenis ikan hias air tawar yang
berasal dari Amerika Serikat pada bahagian Utara (S. Arhazone).
Tubuhnya pendek dan gemuk dengan warna dasar tubuh bervariasi iaitu
coklat kekuningan, atau hitam kecoklatan. Jenis ikan ini juga mempunyai
nilai ekonomi yang tinggi. Ikan Severum dapat dipelihara di dalam
aquarium atau bekas-bekas yang lain mengikut syaratnya iaitu: PH. : 5,5 –
7, suhu air 21 – 25°C. Induk jantan dan betina dapat dibezakan
mengikut warna dan ukuran iaitu induk jantan berwarna lebih cerah dan
lebih besar dari betina. Makanan yang dapat diberikan jenis ikan ini
antara lain: kutu air, cacing sutera dll.
5. Diskus
Ikan
hias Diskus (Symphysodon discus) merupakan salah satu jenis ikan
hiasan air tawar yang berasal dari sungai Amazon (Brazil). Jenis ikan
tersebut mempunyai nilai ekonomi yang baik dan sangat disukai di seluruh
negara. Di Malaysia ikan Diskus sudah dapat dibiakkan dan sangat
berpotensi untuk dikembangkan karena selain dapat dipasarkan di pasaran
tempatan. Ciri khas dari ikan diskus ialah bentuk badannya tubuh
pipih, mirip ikan bawal dengan warna dasar coklat kemerah-merahan. Ikan
diskus dapat dipelihara didalam aquarium untuk sepasang diskus dapat
ditempatkan dalam aquarium berukuran sekitar 75 x 35 x 35 cm. Apa yang
diperlukan oleh ikan ini untuk hidup dan berkembang adalah air yang
jernih, suhu sekitar 28 – 30 ° C.
6. Ikan Emas
Ikan
Emas merupakan salah satu ikan hiasan yang amat terkenal di kalangan
penggemarnya. Walaupun begitu, ikan jenis ini baru mengalami
perkembangan pesat peminatnya sekitar tahun 2000-an. Ikan yang asalnya
dari Cina ini, bentuknya amat lucu dan menyenangkan. Ukurannya boleh
mencapai 20 cm. Ikan ini suka bermain di dasar dan hanya sesekali
berenang. Terdapat pelbagai warna ikan emas seperti merah, kuning,
hitam, putih, dan ada pula campuran pelbagai warna. Selain itu, ikan
ini pun memiliki jenis atau variasi sangat beragam. Bentuk badan
umumnya bulat atau gemuk. Makin bulat biasanya makin digemari para
penggemar.
7. Ikan Arowana
Arowana
tergolong di dalam keluarga ikan “karuhun”, iaitu Osteoglasidae atau
keluarga ikan “bony-tongue” (lidah bertulang), kerana bahagian dasar
mulutnya berbentuk tulang yang berfungsi sebagai gigi. Arowana memiki
pelbagai nama julukan, seperti: Ikan Naga (Dragon Fish), Barramundi,
Saratoga, PlaTapad, Kelesa, Siluk, Kayangan, Peyang, Tangkelese,
Aruwana, atau Arwana, tergantung dari tempatnya. Ikan Arowana merupakan
ikan yang berasal dari daerah subtropics dan tropis, ikan ini banyak
ditemui di Indonesia, Malaysia, Vietnam, Birma, Thailand. Habitatnya
adalah sungai – sungai besar dengan arus
yang cukup deras.
yang cukup deras.
8. Ikan Pelaga
Ikan
pelaga adalah ikan hiasan yang sangat digemari oleh masyarakat
khususnya kanak-kanak, ini adalah kerana ikan tersebut selain rupanya
yang cantik dan menarik, ia juga dapat berlaga apabila diadu. Ikan ini
juga sering disebut ikan laga dan nama latinnya adalah Betta spendens,
termasuk dalam famili Anabantidae (Labirynth Fisher).
terima kasih......
ReplyDelete